fbpx

Letak motosikal di parkir OKU, polis disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular dimuat naik @nanmanjoi8715 memaparkan motosikal milik anggota PDRM digari selepas didapati diletakkan di kawasan letak parkir OKU, sekitar Apartmen Flora Damansara, Isnin lalu.

PETALING JAYA – Polis mengambil tindakan saman terhadap anggota yang memarkir motosikal pasukan di kawasan tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU) di sekitar Apartmen Flora Damansara, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan sebuah hantaran tular berhubung kejadian berkenaan di Twitter, pagi tadi.

Katanya, gambar yang dimuat naik pengguna @nanmanjoi8715 memaparkan sebuah motosikal jenis Honda ST 1300 milik cawangan Motoked Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU).

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku di sekitar Apartmen Flora Damansara kira-kira pukul 11.30 pagi, Isnin lalu.

“Laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, tindakan saman telah dikeluarkan kepada anggota polis yang menunggang motosikal berkenaan.

“Orang ramai diingatkan agar mematuhi arah papan tanda jalan. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya termasuk penguat kuasa yang tidak mengikut peraturan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI