fbpx

Bapa cemas anak dipatuk ular sembunyi dalam kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tangan kiri kanak-kanak terbabit yang dipatuk ular kapak.

PETALING JAYA – Seorang lelaki cemas apabila anaknya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun dipatuk ular kapak yang bersembunyi di dalam kasut.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sungai Besar, Selangor ini berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang bermain di kawasan sekitar rumahnya.

“Tragedi yang tak akan aku lupakan. Anak bongsu dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam,” katanya melalui ruangan kapsyen.

Menerusi video perkongsian yang dimuat naik bapa kanak-kanak tersebut di akaun TikTok miliknya, Shimi_Desa, berkata, dia segera membawa anaknya ke hospital setelah menyedari kejadian itu.

“Dapat tahu saja kena patuk terus gerak ke hospital. Waktu ini aku panik gila. Aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak dekat riba.

“Sementara nak sampai tu dia menangis, menjerit tahan sakit,” katanya.

Jelasnya, setelah diperiksa doktor mengesahkan anaknya dipatuk reptilia berbisa, ular kapak.

“Sampai hospital doktor sahkan ular itu ular kapak, spesies berbisa. Perlu ambil darah dan antivenom (serum antitoksin meneutralkan bisa),” ujarnya.

Tambahnya, keadaan anaknya bertambah teruk selepas tangan yang dipatuk membengkak sehingga paras bahu dan membiru.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut sudah beransur pulih selepas diberikan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI