fbpx

Sembilan beranak hilang tempat bergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SURYATI menunjukkan gambar suami sambil diperhatikan anak-anaknya di Taman Sutera Emas, Melaka.

MELAKA – Kehidupan sembilan beranak di Taman Sutera Emas, di sini, berubah sekelip mata selepas kematian ketua keluarga akibat komplikasi pelbagai pe­nyakit termasuk sakit jantung minggu lalu.

Sudahlah wang simpanan habis, lebih malang kini mereka diminta untuk keluar dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa yang tertunggak.

Menurut Siti Suryati Sani, 41, episod malang keluarganya bermula selepas suami, Khirul Azlizam Mohamed@Mohamed Daud, 41, yang bekerja sebagai paramedik atas kapal disahkan mengalami masalah jantung selepas tiga salurannya tersumbat pada Januari lalu.

“Pada 11 Mei lalu, kakinya pula membengkak dan saya terpaksa meminta tolong jemaah masjid untuk membawanya ke hospital dan dalam masa seminggu masalah itu merebak pada hati serta buah pinggang.

“Suami menghembuskan nafas terakhir pada 26 Mei lalu,” katanya di sini kelmarin.

Cerita Siti Suryati, dia terpaksa menjual barang kemas bagi menampung perbelanjaan perubatan suami dan keluarga termasuk lapan anak berusia 15 tahun hingga 10 bulan selepas semua wang simpanannya habis.

“Lampin pakai buang dan susu anak sahaja RM400 sebulan, sebelum ini arwah peruntukan RM3,000 sebulan untuk segala belanja rumah.

“Simpanan memang sudah habis, persekolahan anak-anak ditampung adik-beradik saya.

“Rumah pula sudah tertunggak 10 bulan dan pemilik telah minta kami untuk keluar dalam masa terdekat,” katanya.

Siti Suryati memberitahu, dia sedang menguruskan permohonan bagi pencen penakat Allahyarham untuk mengurangkan beban ditanggung susulan kini dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak-anak.

Tambahnya, anaknya berusia 13 tahun yang bersekolah di tahfiz juga terpaksa menangguhkan pengajian bagi membantu menjaga adik-adik dan bapanya ketika masih dirawat di hospital.

Terdahulu, Siti Suryati menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Datuk Mohd. Arif Yusa yang hadir bersama-sama pegawai kebajikan Japerun Ayer Keroh.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Siti Suryati 104068086569.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI