fbpx

RTG sedia biaya perbelanjaan pemain profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidin (kanan) akan berjumpa dengan Jawatankuasa RTG bagi membincangkan mengenai kemungkinan menanggung perbelanjaan pemain-pemain profesional untuk menyertai kejohanan.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Road To Gold (RTG) sedia mempertimbangkan permintaan untuk menanggung perbelanjaan pemain-pemain badminton profesional negara yang berada dalam program tersebut.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa RTG bagi membincangkan perkara berkenaan.

Beliau menyuarakan perkara tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia di Petaling Jaya hari ini.

“Dia (Zii Jia) sama (permintaan) dengan pemain-pemain lain. Memang kita juga ada bincang dengan pemain-pemain lain, jadi semuanya akan diselaraskan dalam mesyuarat RTG nanti.

“Memang ada permintaan yang dibuat Zii Jia tetapi ia memadai. Bukan kata permintaan juga tetapi lebih kepada sokongan yang memang sudah pun ada dalam perancangan RTG diilhamkan oleh YB Hannah (Yeoh),” katanya selepas tamat pertemuan itu.

Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, semua pemain Malaysia termasuk pemain profesional tidak akan dianaktirikan kerana mereka turut membawa nama negara ke setiap kejohanan.

“Itu (pembiayaan pemain profesional) antara dibincangkan dengan jawatankuasa, saya tidak kisah pemain dari mana-mana. Bagi saya, sama sahaja kerana mereka mewakili Malaysia dan ia akan dipertimbangkan,” ujar Hamidin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI