fbpx

Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad (kir) dan Rafizi

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mendakwa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli gagal membuat ‘persiapan’ sebelum menjadi menteri.

Ini kerana kata Mohd. Puad rakyat belum nampak langkah signifikan yang telah dibuat Rafizi untuk membantu ekonomi negara.

“Sekurang-kurangnya ada polisi baru “ekonomi rakyat”. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri, bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa, mesti luar biasa,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menasihat Ahli Parlimen Pandan itu lebih berhati-hati agar rakyat tidak mendesak untuk beliau meletakkan jawatan.

“Jangan nanti rakyat kata “Rafizi turun, ringgit naik”. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet.

“Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” tegasnya.

Rafizi menjadi sasaran kritikan rakyat ekoran situasi ekonomi yang semakin tidak menentu sehingga menyaksikan nilai ringgit jatuh ke paras terendah berbanding mata wang asing lain.

Menurut laporan media, ringgit terus jatuh dan mencecah paras RM4.6 berbanding Dolar Amerika (USD) iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Mata wang tempatan didagangkan pada 4.6090/6130 berbanding USD sejak penutupan Rabu minggu lalu pada 4.5920/5950, ringgit terus susut nilai apabila ditutup pada 4.6105/6240.

Ringgit berbanding dolar Singapura juga jatuh ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun apabila dibuka pada 3.4116/3.4170. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI