fbpx

Pengasuh dera kanak-kanak 3 tahun didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHU TIAN mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya kanak-kanak berusia tiga tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Penjaga pusat asuhan kanak-kanak swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di bawah jagaannya, 22 Mei lalu.

Tertuduh, Ng Shu Tian, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di bawah peliharaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Taman Molek, Johor Bahru kira-kira 4 petang pada 22 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Ooi Hong Ming.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Balai Polis Bukit Gambir, Muar setiap bulan.

Ahmad Kamal menetapkan 27 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI