fbpx

Haram, solat tidak diterima jika kira harga pilih pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah peniaga yang memilih pelanggan dalam menentukan harga ketika proses jual beli adalah perbuatan haram dan tidak diredai Allah.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, keadaan itu berlaku terutamanya melibatkan pelanggan tempatan dengan pelanggan dari luar kawasan sesebuah kedai tersebut.

Jelasnya, ada segelintir peniaga akan mengenakan caj berbeza kepada pelanggan luar berbanding harga biasa yang dikenakan kepada orang tempatan.

“Setengah kedai bila tengok orang luar dia angkat harga (naikkan harga) kalau orang tempatan harga biasa. Sebagai contoh ada sepasang suami isteri orang tempatan makan celup tepung dicaj harga RM27.50.

“Tetapi apabila datang orang luar menaiki kereta BMW, dia makan menu sama macam laki bini tadi, apabila kira tuan kedai caj lebih contohnya dia naikkan harga RM20 lebih mahal dari orang tempatan tadi.

“RM20 yang sengaja dicaj lebih kepada pengunjung luar itu haram dan apabila hasil haram diberi makan kepada anak bini maka dia boleh masuk neraka,” jelasnya pada satu sesi ceramah di sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, peniaga yang mengamalkan urus niaga jual beli secara menipu itu juga tidak diterima solatnya.

“Peniaga-peniaga macam ni sembahyang dia tidak diterima. Sembahyang mereka sah, tapi tidak diterima dan menurut Saidina Abu Bakar lagi, Allah tidak akan menerima satu pun solat kita jika ada satu harta haram dalam tubuh kita.

“Itu di dunia, kalau di akhirat, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, jika tiap-tiap badan yang ada makanan haram didalamnya, maka layak masuk neraka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI