fbpx

Ajal jatuh pokok tualang ketika ambil madu lebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok tualang setinggi lebih 30 meter yang dipanjat oleh mangsa sebelum terjatuh semasa mengambil madu lebah di Kampung Meranto, Gua Musang, awal pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh pada ketinggian lebih 30 meter dari atas sebatang pokok tualang, di dalam hutan Kampung Meranto, di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Abdullah Che Nah, 35, dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas banir pokok tualang kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama dua lagi rakannya pergi ke Kampung Meranto untuk mengambil madu lebah pada pukul 12.18 tengah malam.

Katanya, mangsa yang juga bekerja sebagai buruh kampung telah memanjat pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter untuk mengambil madu lebah yang merupakan sumber mata pencariannya.

“Ketika proses mengambil madu lebah, mangsa dipercayai tiba-tiba terjatuh di atas akar banir pokok tualang tersebut.

“Rakan-rakannya pergi ke arah mangsa yang berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Bertam di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Choon Foo memberitahu, hasil pemeriksaan di sekeliling pokok tualang dan tubuh badan mangsa mendapati, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki itu.

Katanya, pihak Klinik Bertam Baru yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI