fbpx

Bolehkah pemimpin Pas jadi PM, masalah air Kelantan pun tak selesai – Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad.

PETALING JAYA – “Bolehkah pemimpin PAS jadi PM (Perdana Menteri)?,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi.

Kata beliau, Kelantan sudah berabad ditadbir oleh Pas, tetapi masalah bekalan air di negeri itu masih tidak selesai juga.

“Bagi pula bonus kepada staf AKSB (Air Kelantan Sdn. Bhd.). Tidak sensitif langsung,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohd. Puad berkata, daripada segi logik politik, Pas patut dapat jawatan PM sekiranya menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kata beliau, Pas memiliki 43 kerusi Parlimen berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 30 kerusi.

“Mana boleh Pas jadi “kepala ular yang dikecilkan”,” katanya.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mendakwa beberapa individu daripada pihak kerajaan menghubungi dan menawarkan Pas supaya menyertai Kerajaan Perpaduan.

Beliau dipetik berkata, pihaknya sememangnya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun, tetapi tawaran berkenaan mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju Pas.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksinya bagaimanapun meminta Abdul Hadi jangan perasan ada siapa hendak menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI