fbpx

Budak enam tahun hilang hampir 24 jam dijumpai selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui di sebuah bangsal yang terletak kira-kira 2.4 kilometer dari rumahnya di Desa Kuala Muda, Seberang Perai Utara petang semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang hampir 24 jam selepas keluar bermain petang kelmarin ditemui selamat di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Kriang di sini petang semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu dijumpai orang awam kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bermaya selepas polis menerima laporan yang dibuat ahli keluarga berhubung kehilangan mangsa malam kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dilaporkan keluar untuk bermain dari rumahnya di Desa Kuala Muda pada pukul 1.30 tengah hari, namun tidak pulang ke rumahnya sehingga pukul 5 petang.

“Selepas menerima laporan terbabit, pihak polis menjalankan operasi mencari dengan bantuan ahli keluarga dan penduduk kampung. Pagi semalam (Sabtu), pencarian diteruskan dengan bantuan pihak bomba susulan mangsa dilaporkan hilang berhampiran kawasan sungai,” katanya malam tadi.

Mohd. Asri berkata, lanjut, bagaimanapun pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan bahawa mangsa ditemui di tepi jalan Permatang Keriang kira-kira pukul 6 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI