fbpx

Kerusi rosak, bas sekolah uzur ancam nyawa pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pemilik bas sekolah haram dikatakan terus mempertaruhkan nyawa murid dan pelajar sekolah apabila sanggup menggunakan kenderaan uzur untuk operasi harian mereka.

Keuzuran kenderaan dapat dilihat terutama di bahagian tempat duduk selain luarannya sendiri yang dicat mengikut standard warna van sekolah berwarna jingga serta berani mele­takkan tulisan ‘Bas Sekolah’.

Perkara itu terbongkar hasil pemerhatian dan pemeriksaan dijalankan Setiausaha Sekretariat Industri Bas Sekolah Malaysia, Mohd. Haron Mohd. Sidik.

Kata Mohd. Haron, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang pelbagai kemalangan dan lebih membimbangkan jika lantainya reput sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak terjerumus ke bawah ketika bas bergerak.

“Hari ini (semalam) saya sendiri ke Taman Medan dekat sini dan terkejut melihat van sekolah terlalu uzur dengan kea­daan kerusi di dalam yang rosak dan tidak selesa kepada murid atau pelajar.

“Saya sendiri menegur pemilik van tersebut, namun dia cepat-cepat melarikan diri. Malah tidak jauh dari kenderaan pertama terdapat lagi bas-bas sekolah haram yang berwarna jingga,” katanya kepada di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur berkata, berdasarkan maklumat daripada pengusaha bas berdaftar di lokasi tersebut memaklumkan bas berkenaan beroperasi di sekitar Taman Dato Haron dan Taman Medan sejak 10 tahun lalu tanpa sebarang dokumen sah.

Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap ibu bapa yang kurang peka dengan merisikokan anak-anak mereka menaiki kenderaan uzur dan berbahaya ini tanpa usul periksa.

“Di Puchong sahaja terdapat lebih 1,000 bas sekolah haram. Alasan bas sekolah berdaftar tidak cukup adalah satu peni­puan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan ke­giatan haram itu turut merebak kepada pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah seperti Hyundai Starex dan Toyota Vellfire dan Alphard di kawasan sekolah yang mempunyai golongan berada sehingga mampu meraih RM20,000 sebulan.

Justeru, beliau berharap agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan tegas termasuk me­lakukan operasi besar-besaran bagi memastikan tiada mana-mana pihak terus memanipulasi pengangkutan awam jenis bas sekolah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI