fbpx

Keluarga wanita hamil dibunuh kekasih harap pelaku terima hukuman setimpal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana proses pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Sabak Bernam, malam ini.

SABAK BERNAM – Keluarga seorang wanita hamil yang dibunuh dan dibakar teman lelakinya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau di sini, menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.

Abang sulung mangsa berusia 27 tahun berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai tragedi menimpa adiknya itu sehingga siasatan selesai.

“Saya tidak berniat mahu bercakap mengenai kejadian tersebut.

“Kami berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang,” katanya selepas  pengebumian adiknya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar di sini, malam tadi.

Jelasnya, jenazah anak kelima daripada enam beradik itu telah dituntut keluarga di Hospital Sungai Buloh.

Tambahnya, segala proses mandi, kafan dan solat dilakukan di hospital itu serta selamat dikebumikan kira-kira pukul 8.15 malam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, hasil bedah siasat  mendapati kematian mangsa berpunca luka tikaman di dada pada badan yang melecur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI