fbpx

Jenazah pendaki Malaysia Awang Askandar selamat disemadikan sebelah pusara ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah pendaki Everest yang juga Pengarah APM Kedah, Allahyarham Awang Askandar diusung menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar. -Foto: Ivan Amirul-

PAPAR – Jenazah pendaki yang menyertai Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat dikebumikan di kampung halamannya bertempat di Kampung Benoni dekat sini.

Allahyarham yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah disemadikan bersebelahan pusara ibunya, Dayang Fatimah Awang Ampuan Jair di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Jenazahnya terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni dan kira-kira 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, warga APM serta orang awam dianggarkan menghadiri majlis pengebumian tersebut.

Anak ketiga Allahyarham, Ameera Hana menyiram pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di MAS Kargo Kota Kinabalu kira-kira pukul 2.20 petang menggunakan pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan MH 2646.

Allahyarham Awang Askandar merupakan salah seorang pendaki ME2023 yang disahkan meninggal dunia semasa dalam misi menawan puncak Gunung Everest.

Beliau dilaporkan berhadapan masalah kesihatan selepas tidak dapat meneruskan misi menawan Everest ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut pada 19 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI