fbpx

Polis buru penyamun berbaju kurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju kurung ketika menyamun sebuah kedai runcit di Padawan.

PADAWAN – Polis sedang memburu dua penyamun, dengan salah seorang daripadanya memakai baju kurung semasa merompak sebuah kedai runcit, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang perempuan berusia 20 tahun, yang merupakan pekerja premis berkenaan pada 22 Mei lepas.

Malah, beliau berkata pihaknya turut mengesan video mengenai kejadian yang tular di laman sosial kira-kira pukul 11.39 malam tadi dan kejadian berlaku pada 22 Mei ketika pengadu bersama-sama rakan sekerjanya sedang bekerja.

“Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian wanita serta membawa pisau masuk lalu merampas mesin juruwang dan terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, pihaknya mendapati terdapat dua orang suspek terlibat dalam kejadian berkenaan, dengan seorang lagi menunggu di luar menggunakan sebuah motosikal.

Katanya kedua-dua suspek dipercayai orang tempatan berdasarkan dialek pertuturan mereka.

Justeru, Abang Zainal berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek dengan kerjasama pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) lain serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI