fbpx

Pemandu maut, treler bertembung treler 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah lori treler yang remuk dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 111.3 Jalan Kuantan - Segamat di Rompin, hari ini.

ROMPIN – Seorang pemandu treler membawa muatan kayu maut selepas kenderaan yang dipandunya itu bertembung dengan treler bermuatan paip besi di Kilometer 111.3 Jalan Kuantan – Segamat, di sini hari ini.

Kemalangan ngeri itu menyaksikan kedua-kedua lori treler berkenaan remuk teruk manakala sebatang paip besi telah menghempap kepala treler muatan kayu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu berlaku ketika mangsa Ahmad Ridzuan Usman, 37, dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian sewaktu melalui selekoh, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan sebuah lagi treler membawa paip besi.

“Muatan paip daripada treler berkenaan jatuh lalu menghempap kepala treler dipandu mangsa dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu yang membawa muatan paip besi hanya mengalami luka di bahagian tangan.

Menurut Azahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati, lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh, permukaan jalan kering serta cuaca gelap tanpa lampu jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI