fbpx
GAMBAR HIASAN

Hebatkah mencarut ketika main game?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Minggu lalu ketika bersantai di sebuah taman perumahan, penulis terdengar budak berusia lapan tahun mengeluarkan kata-kata tidak enak kepada seorang yang lebih berusia daripadanya.

Budak lelaki itu mengeluarkan dua perkataan mencarut alat sulit berlainan gender kepada pelajar perempuan tingkatan satu. Agak terkejut apabila mendengar budak bawah umur mengeluarkan perkataan sebegitu.

Penulis percaya budak itu tidak tahu perkataan yang disebutnya. Dari mana budak itu dengar perkataan tersebut. Macam-macam persoalan yang berlegar dalam fikiran.

Sebelum kejadian itu, penulis ada mendengar beberapa budak berborak dan bermain di sebuah taman perumahan, tetapi ada selingan perkataan mencarut, parah sebab masih kecil dah pandai mencarut.

Kebiasaannya, kalau kita mencarut itu sama ada kita mendengar daripada ibu bapa kita sendiri atau kita sememangnya hidup dalam lingkungan keluarga yang menganggap mengeluarkan perkataan jijik itu adalah biasa.

Maaf bagi penulis, itu adalah tiada adab baik lelaki dan wanita yang mencarut dan perkataan itu sentiasa meniti dibibir sangat rendah martabat hidup anda.

Sebenarnya pada pandangan peribadi penulis, kanak-kanak seawal usia enam tahun telah dirosakkan sejak lebih 15 tahun dengan YouTube.

Kandungan di YouTube tanpa tapisan unsur-unsur carutan terutama dalam video yang paling diminati sekarang ini adalah tayangan permainan video (game) dengan pelbagai platform.

Ramai remaja yang terkenal (gamers) dalam kalangan mereka bermain permainan game dengan bersekali mencarut tanpa segan silu.

Peliknya kandungan sebegitu ditonton lebih sejuta orang dan tidak mustahil 80 peratus daripadanya adalah kanak-kanak yang melayari YouTube tanpa pengawasan.

Kalau gamers ada membaca artikel ini, penulis merayu mereka agar bermain video yang dimuat turun di YouTube itu agar dipadam unsur mencarut.

Anda sepatutnya tahu, tutur kata anda menjadi ikutan budak-budak seawal usia persekolahan.

Sehingga anda menjadi idola mereka untuk menjadi gamers terkenal sebegitu. Apa yang tidak seronok perkataan mencarut itu turut di’idolakan’.

Hebat sangatkan mencarut ketika ‘bertempur’ di medan maya sebegitu sehingga lupa anda merupakan idola sekalian kanak-kanak.

Itu hanya berbalah mulut sudah mencarut, sudah menjadi ‘zikir’ budak zaman sekarang. Apa nak jadi dengan dunia serba teknologi, adab sudah ke laut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN