fbpx

Siapa harus dipersalahkan kes buli pelajar sekolah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KEBELAKANGAN ini, kes buli melibatkan pelajar sekolah ma­kin menjadi-jadi. Belum pun re­da kes buli di Lembah Klang dan Sibu, Sarawak minggu lalu, berlaku pula kejadian sama di Pulau Pinang.

Dalam kejadian di Balik Pulau baru-baru ini, mangsa dipukul dengan alasan lambat turun solat Subuh. Mangsa mengalami luka di badan akibat dipukul menggunakan kaki serta tangan sebelum memaklumkan perkara itu kepada bapanya.

Persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah ibu bapa, guru, penyelia asrama atau pelajar sendiri sehingga menyebabkan kes buli terus berlaku bagaikan tiada kesudahan.

Pengerusi Majlis Amanah Rak­yat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Waj­di Dusuki dipetik berkata, beliau tidak akan sesekali berkompromi dengan isu yang disifatkan sebagai bermusim itu dan tindakan pemberhentian boleh diambil terhadap mereka.

Rata-rata orang ramai memberi pandangan masing-masing berhubung isu yang berlaku selain turut mempersoalkan siapa yang harus dipersalahkan.

Sekolah terutama yang ber­asrama penuh bukan tempat untuk melahirkan samseng. Jadi langkah pemberhentian adalah yang terbaik memandangkan masih ramai yang layak untuk masuk ke sekolah berkenaan.

Dakwa orang ramai, warden ibarat ibu dan bapa pelajar sekolah dan mereka menjadi orang terakhir yang memantau gerak-geri pelajar di asrama. Jika warden tegas memantau dan mempunyai sistem giliran 24 jam, insya-Allah kejadian itu boleh dicegah.

Lebih malang lagi, kes dan isu buli di institusi pendidikan ini bagaikan tiada penghujungnya sehingga menyebabkan trauma kepada mangsa.

Pensyarah Kanan Program Psi­kologi Klinikal dan Tingkah Laku Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti ­Kebangsa­an Malaysia, Prof. Madya Dr. ­Shazli Ezzat Ghazali berkata, kes buli meningkat dengan ketara biar­pun ada banyak mekanisme yang digunakan kerajaan melalui pe­ngenalan rang undang-undang serta hukuman lebih berat.

Menurutnya, hal itu disebabkan kewujudan pelbagai trait personaliti dalam diri manusia, sekali gus menjadi antara pe­nyumbang kepada punca kes tersebut tidak dapat dihentikan.

“Secara amnya mengikut teori psikologi The Big 5, terdapat lima personaliti dominan pada manusia iaitu kesedaran, penerimaan, kestabilan emosi, ekstraversi dan keterbukaan yang membentuk personaliti manusia.

“Menurut kajian yang dilakukan, seseorang pembuli dan mangsa buli mempunyai dua trait personaliti yang dominan dari segi kestabilan emosi dan tahap kesedaran.

“Seseorang pembuli lebih me­nonjolkan trait kestabilan emosi tinggi seperti mudah marah, kecewa, pendendam dan trait kese­daran yang rendah iaitu tidak kisah dengan persekitaran dan tiada empati,” ujarnya.

Justeru, katanya, semua pihak khususnya kerajaan perlu memi­kirkan kaedah terbaik untuk me­ngawal kes buli daripada terus berlarutan hingga menjadi barah yang akhirnya membinasakan masa depan pelajar itu sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI