KES keganasan rumah tangga yang dilaporkan sejak kebelakangan ini sehingga ada mangsa yang keguguran, benar-benar menyesakkan dada. Mangsa diperlakukan dengan kejam oleh lelaki yang sepatutnya melindungi mereka. Ia tidak boleh dianggap sebagai isu biasa, apatah lagi statistik menunjukkan kes tersebut meningkat saban tahun. Berdasarkan statistik, sebanyak 5,277 kes direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 7,116 kes pada 2024 dan terus bertambah kepada 7,391 kes sepanjang tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, statistik tersebut……














