fbpx

Semoga LIMA ’23 memberi manfaat kepada semua – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar turut hadir Majlis Santapan Malam di atas Kapal INS Kavaratti semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap negara telah memperoleh manfaat daripada penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan agensi terlibat dalam LIMA ’23 telah membantu meningkatkan sektor ekonomi negara.

“Terima kasih di atas undangan dan semoga kita ketemu lagi di penganjuran LIMA akan datang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di atas Kapal INS Kavaratti semalam.

Menurut beliau, turut berangkat ke majlis makan malam di atas kapal milik kerajaan India tersebut
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah; Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.

Kata beliau, majlis santapan itu adalah bagi memenuhi jemputan daripada kerajaan India yang turut serta dalam LIMA ‘23.

“Patik mendoakan Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan seluruh kerabat agar senantiasa dilimpahi rahmat dan dikurniakan keafiatan daripada Allah S.W.T.

“Seusai majlis santapan, saya dan Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) meluangkan masa ke majlis makan malam anjuran Kementerian Pengangkutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI