fbpx

Hasil PRG suku pertama naik kepada RM92.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Segmen tenaga boleh baharu menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – PRG Holdings Berhad (PRG) merekodkan hasil  bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 (Q12023) sebanyak  RM92.7 juta dan untung bersih berjumlah RM8.5 juta.

Pada suku pertama, hasil PRG meningkat sebanyak 55.8 peratus kepada RM92.7 juta manakala untung bersihnya pula adalah RM0.2 juta lebih rendah berbanding RM8.7 juta dalam tempoh suku yang sama tahun 2022.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan PRG, Datuk Lua Choon Hann berkata, keputusan strategik pengurusan untuk meneroka bidang perniagaan tenaga boleh baharu membawa hasil yang baik ekoran  hasil yang dicatat melalui peningkatan jualan serta progres daripada projek pembinaan sedia ada yang turut menyumbang secara positif kepada keputusan Q12023.

“Pengembangan Kumpulan dalam segmen tersebut telah menyumbang kepada pendapatan dan kami melihat ia bakal menjadi penyumbang pertumbuhan yang baik untuk pelan masa depan.

“Transformasi kepada tenaga hijau akan memberi kesan positif kepada prestasi kewangan kumpulan untuk jangka masa panjang.

“Kami akan terus bekerja untuk menambah tempahan buku dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Choon Hann menerangkan, segmen pembangunan hartanah dan pembinaan mencatat hasil serta keuntungan selepas cukai masing-masing sebanyak RM32.3 juta dan RM6.9 juta pada Q12023.

Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai (PBT) terjejas ekoran keuntungan margin yang rendah kepada projek pembinaan.

Sektor perkilangan merekodkan hasil sebanyak RM22.8 juta dalam  Q12023 dengan  PBT berjumlah  RM1.2 juta pada Q12023.

Segmen tenaga boleh baharu pula mencatat jumlah hasil RM37.4 juta dan PBT sebanyak  RM4.5 juta dalam tempoh Q12023, disumbangkan oleh kontrak penyelesaian tenaga dan penyelenggaraan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI