fbpx
Lukisan grafik projek pembangunan hartanah IOIPG.

IOI Properties catat pertambahan hasil kepada RM3.06 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 41 peratus kepada RM3.06 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Jun 2026 (9M FY2026), berbanding RM2.17 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan kukuh itu didorong oleh prestasi mantap kesemua tiga segmen utama iaitu pembangunan hartanah, pelaburan hartanah serta hospitaliti dan  rekreasi yang masing-masing melonjak 28 peratus, 41 peratus dan 83 peratus.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak lebih empat kali ganda kepada RM1.95 bilion berbanding RM430.9 juta tahun lalu.

Lonjakan itu sebahagian besarnya disumbang oleh keuntungan penilaian semula hartanah pelaburan sebanyak RM567.1 juta serta keuntungan pengukuran semula projek South Beach bernilai RM502.8 juta.

Tanpa faktor luar biasa tersebut, PBT asas kumpulan tetap meningkat 88 peratus kepada RM878.6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Lee Yeow Seng berkata, pencapaian itu membuktikan strategi syarikat dalam mengimbangi portfolio hasil, memanfaatkan permintaan industri serta melancarkan produk berorientasikan pasaran.

“Segmen pelaburan hartanah dijangka terus berkembang dengan kadar penghunian fizikal yang semakin baik di IOI Central Boulevard Towers dan South Beach Tower.

“Tambahan pula, portfolio pendapatan berulang kini menghampiri skala segmen Pembangunan Hartanah selepas pengambilalihan Asia Square Tower 2 (AST2), sekali gus mengukuhkan kestabilan pendapatan,” katanya dalam kenyataan.

Bagi segmen pembangunan hartanah, jualan mencecah RM2.71 bilion dengan projek tempatan menyumbang 92 peratus atau RM2.48 bilion.

Jualan di China pula berjumlah RM148.6 juta manakala Singapura RM82.3 juta. Klang Valley kekal penyumbang utama dengan RM1.80 bilion, didorong oleh jualan tanah industri di IOI Industrial Park Banting dan Jalan Ampang serta sokongan daripada perbandaran matang seperti 16 Sierra dan Bandar Puteri Puchong.

Johor turut mencatat RM675.3 juta hasil jualan, dipacu oleh IOI Industrial Park Iskandar Malaysia serta perbandaran Bandar Putra Kulai dan Taman Kempas Utama. Jualan belum dibil RM2.10 bilion, tertinggi setakat ini, menjamin keterlihatan pendapatan kukuh dalam jangka sederhana.

Selain itu, projek baharu The Cube Plus di Bandar Puteri Puchong dengan GDV RM738.3 juta mencatatkan jualan penuh ketika pelancaran Mac lalu, menandakan permintaan berterusan terhadap produk komersial berkualiti.

Segmen pelaburan hartanah terus kukuh dengan sumbangan South Beach Tower dan kadar penghunian lebih tinggi di IOI Central Boulevard Towers. Di Malaysia, IOI City Mall dan IOI Mall Puchong kekal berprestasi baik.

Selain itu, kumpulan turut mengumumkan cadangan pengambilalihan AST2 di Marina Bay, Singapura dengan keluasan boleh disewa 773,460 kaki persegi, dijangka selesai menjelang suku pertama FY2027.

Dalam sektor hospitaliti, industri pelancongan Malaysia mencatat rekod baharu dengan 10.65 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada suku pertama 2026. Sheraton Grand Xiamen Jiamei di China pula dijangka terus mencatat kadar penghunian lebih tinggi.

Walaupun ketegangan geopolitik global berterusan, segmen hospitaliti kumpulan dijangka kekal berdaya tahan dengan sokongan inisiatif kerajaan mempromosikan pelancongan domestik dan serantau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN