fbpx

APM bakal perkenal pemakaian ‘arm band’ perinci kemahiran anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminurrahim diiringi barisan penerima watikah dan penganugerahan reben perkhidmatan dan kecemerlangan APM 2023 di Auditorium Utama, UIAM, Gombak, Selangor hari ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

GOMBAK – Angkatan Pertahanan Awam (APM) kini dalam perbincangan untuk melaksanakan pemakaian ‘arm band’ bagi mengenal pasti kemahiran setiap anggotanya.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Aminurrahim Mohamed berkata, pemakaian ‘arm band’ tersebut juga antara lain bagi memudahkan orang awam memahami tugas yang boleh dilaksanakan setiap anggotanya.

“Pemakaian ‘arm band’ itu masih di dalam kajian kerana ada beberapa kelebihan dan kekurangan pelaksanaannya yang perlu dikenal pasti.

“Ini kerana di dalam APM terdapat 12 kluster dan di dalam setiap kluster terdapat 21 fungsi yang termaktub dalam Akta 221,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu dan Penganugerahan Reben APM Wilayah Persekutuan Tahun 2023 di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , di sini hari ini.

Jelasnya, pemakaian arm band itu juga untuk memperjelaskan kemahiran seseorang anggota sebagai contoh, ada anggota yang kepakarannya di dalam bahagian medik, tetapi tidak mempunyai kemahiran berdepan haiwan berbisa.

Dalam pada itu, Aminurrahim berkata, seramai 208 anggota dianugerahkan reben APM berasaskas tiga kategori iaitu kecemerlangan, pencapaian dan tempoh perkhidmatan.

“Setiap penerima reben terdiri daripada warga APM dan penyerahan ini adalah antara lain bagi memberi motivasi dan semangat kepada anggota dan diharapkan mereka lebih berkeyakinan.

“Kita juga mahu menunjukkan kepada anggota bahawa sumbangan dan jasa mereka dihargai kerana kita faham APM sepatutnya berada di barisan ketiga selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.

Tambahnya, sejak tahun 2021 sebanyak 29 reben diperkenalkan merangkumi kecemerlangan, tempoh perkhidmatan dan pencapaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI