fbpx
Zambry ketika melancarkan Inisiatif "Semikonduktor@UiTM" di Dataran Kompleks Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

UiTM pacu revolusi bakat semikonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Inisiatif semikonduktor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal mempercepat pembangunan bakat berkemahiran tinggi sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab semikonduktor global.

Usaha strategik itu dilaksanakan selaras aspirasi Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) bagi memenuhi permintaan industri terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, UiTM antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang bersedia memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan bagi industri semikonduktor negara.

Menurut beliau, usaha itu diperkukuh menerusi peruntukan RM20 juta dalam belanjawan sebelum ini bagi meningkatkan kapasiti UiTM melahirkan graduan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang memenuhi keperluan industri.

“Kejayaan membangunkan ekosistem latihan semikonduktor dalam tempoh singkat membuktikan kecekapan tadbir urus UiTM dalam menterjemahkan pelaburan kerajaan kepada pembangunan bakat negara.

“Universiti ini membuktikan komitmen tinggi dalam memanfaatkan peruntukan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur, kepakaran dan ekosistem pembelajaran yang mampu memenuhi keperluan industri semikonduktor, ” katanya selepas melancarkan inisiatif itu di UiTM Shah Alam di sini, hari ini.

UiTM yang kini mempunyai hampir 3,000 pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik berupaya menggandakan pengambilan pelajar menerusi pengukuhan kapasiti pengajaran selain dilengkapkan dengan makmal pengkhususan semikonduktor meliputi reka bentuk litar bersepadu, fabrikasi, pengujian dan automasi proses. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN