fbpx

Jangan jadikan Arteta ‘kambing hitam’ – Xhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kiri) menegaskan bahawa Arteta yang sudah meletakkan The Gunners di tahap berbeza layak untuk mengetuai pasukan tersebut.

LONDON – Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka tampil mempertahankan Mikel Arteta dan menegaskan, pengurus itu tidak boleh dijadikan ‘kambing hitam’ atas kekecewaan pasukan melepaskan peluang untuk menjuarai Liga Perdana ­Inggeris (EPL) musim ini.

Mengambil kira prestasi sepanjang musim, Xhaka merasakan Arteta sudah meletakkan The Gunners di tahap berbeza dan pengurus muda dari Sepanyol itu adalah individu tepat untuk mengetuai pasukan tersebut.

“Kamu boleh lupakan soalan itu kerana dia lebih daripada layak untuk mengetuai pasukan ini. Sekalipun sekarang kami tewas dalam dua perlawanan terakhir, kami tidak boleh lupakan bagaimana kami be­kerja sepanjang 11 bulan.

“Sudah pasti apabila ka­mu sudah hampir dengan kejuara­an, kamu juga mahu cuba memenanginya. Namun, sasaran kami adalah untuk kembali ke kelompok empat terbaik dan sekarang kami berada di tempat kedua.

“Gagal julang trofi memang mengecewakan buat semua orang, namun kami berhak ber­ada di kedudukan sekarang dan kita lihat apa yang akan jadi musim depan kerana kami pastinya akan memulakan langkah baharu,” katanya.

Bintang dari Switzerland juga ingatkan seluruh pasukan yang Arsenal bakal berdepan ujian lebih sukar musim depan dan usaha tambah baik perlu dimulakan daripada sekarang.

“Agak mudah untuk berca­kap tentang kegagalan kami musim ini. Kami sudah harungi musim yang hebat, namun kami perlu baiki lagi kerana musim depan akan lebih mencabar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI