fbpx

Ibu hamil boleh makan nanas, tiada kaitan punca keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Nanas tajam, tak elok buat ibu mengandung sebab boleh jadi punca keguguran.”

Demikian antara nasihat orang dahulu kepada golongan ibu hamil agar mereka tidak makan buah nanas kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsiannya di kumpulan Telegram memaklumkan, nanas sebenarnya kaya dengan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan tahap imuniti tubuh dalam kalangan ibu hamil.

Khasiat nanas kepada ibu mengandung.

Selain itu, Dr. Ahmad Samhan menjelaskan nanas juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti folat, zat besi, magnesium, mangan, tembaga, kalium, vitamin (A, E, K dan B-6), asid pantotenik dan thiamin.

Bagi ibu hamil, katanya, pemakanan buah nanas dapat menyokong perkembangan janin yang sihat dan kesihatan si ibu itu.

“Ibu hamil sering dikaitkan dengan masalah membuang air besar, dan eloknya mengamalkan pemakanan buah nanas bagi membantu melancarkan sistem pencernaan.

“Ia juga dapat menguatkan tulang selain membantu dalam usaha menurunkan berat badan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI