fbpx

Bayi 6 bulan tercampak keluar dari lori dipandu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Parit Sikom – Pontian Besar, Pontian.

PONTIAN – Bayi berusia enam bulan tercampak keluar dari cermin apabila lori yang dipandu bapanya hilang kawalan setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2.5 Jalan Parit Sikom – Pontian Besar, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 3.20 petang itu, mangsa, Nursyifaa Sofea Mohd. Saiful Fadli bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lori yang dinaiki empat sekeluarga itu perjalanan untuk menjalankan perniagaan makanan di pasar malam di Bandar Pontian.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan memotong sebuah kereta sebelum memasuki laluan kenderaan dipandu Mohd. Saiful Fadli. Mohd Saiful Fadli cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu terus masuk ke dalam parit.

“Kemalangan menyebabkan Nursyifaa Sofea yang duduk bersama ibunya, Hanim Fauzana Samsudin, 32, di bahagian hadapan tercampak keluar dari cermin besar hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, Mohd. Saiful Fadli mengalami kecederaan luka pada tangan kiri, isterinya mengalami sakit pada dada dan kaki, Muhamad Yusuf Amjad cedera di bahagian bibir dan Nursyifaa Sofea bengkak pada dagu dan pipi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI