fbpx

10 minit curi Honda Civic, Mitsubishi Pajero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sukarno menunjukkan peralatan khas (jammer) untuk membuka kunci kenderaan digunakan suspek dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bermodalkan 10 minit sahaja untuk mencuri sebuah kereta, sindiket curi kereta didalangi pesara tentera laut bergerak aktif mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan sejak hujung tahun lepas.

Bagaimanapun, kegiatan tiga lelaki yang disyaki menjual semula kenderaan curi dengan harga lebih murah ke Thailand tumpas selepas ditahan dalam serbuan berasingan di Perak dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalang sindiket itu yang dikenali sebagai Sasi Navy, 40 tahun ditahan di Kampung Gajah, Perak manakala dua lagi rakannya ditahan di Ipoh dan Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Mei lepas.

Menurut beliau, susulan daripada tangkapan itu, polis turut merampas dua buah kenderaan dan peralatan untuk mencuri serta beberapa keping nombor plat pendaftaran palsu.

“Hasil siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan kenderaan jenis Honda dan
Pajero. Salah seorang daripada suspek akan menggunakan peralatan khas (jammer) untuk membuka kunci kenderaan tersebut.

“Suspek membeli alat ini dengan harga sebanyak RM7,000 seunit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, kesemua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan telah direman bermula 14 hingga 18 Mei lepas bagi membantu siasatan.

“Kini kesemua suspek telah diserah kepada IPD Ipoh bagi membantu siasatan beberapa kes di sana.

“Susulan daripada penahanan itu, polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak tujuh kes kecurian yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI