fbpx

Syarikat penerbangan digalak guna bahan api SAF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony menaiki penerbangan yang menggunakan SAF dari Kuala Lumpur ke Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan untuk menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) sebagai usaha mengurangkan pelepasan karbon bagi meningkatkan kualiti udara dan kelestarian alam sekitar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, industri penerbangan merupakan antara sektor yang banyak melepaskan karbon ke udara, justeru penting bagi syarikat terlibat menuju ke arah penggunaan SAF.

“Kita belum lagi wajibkan (kepada syarikat penerbangan) untuk menggunakan SAF tetapi sudah tentu kita menuju ke arah itu.

“Sebagai ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Malaysia juga tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan, sebab itu kita perlu galakkan dari sekarang,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini hari ini.

Terdahulu beliau menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang menggunakan bahan api SAF campuran minyak bio dan minyak jet konvensional yang dibekalkan Petronas.

Bagi tujuan itu, kata beliau, seluruh ekosistem industri penerbangan termasuk kerajaan, pihak berkepentingan dan pembekal perlu bekerjasama dalam mewujudkan polisi yang menyokong penggunaan SAF.

“Kita juga berpotensi untuk menjadi hub penerbangan mampan menerusi penghasilan dan usaha mempromosi SAF,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI