fbpx

Padam nombor pendaftaran bot, taktik baharu nelayan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidilhadi (dua dari kiri) memeriksa sebahagian 100 kg ikan yang dipercayai ditangkap secara haram oleh nelayan Vietnam di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Nelayan Vietnam dikesan menggunakan taktik baharu memadamkan sebahagian nombor pendaftaran bot masing-masing bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander (M) Rashidilhadi Ab. Rashid berkata, tindakan itu bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Vietnam kerana melanggar peraturan menceroboh perairan negara ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia (APMM) telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak berkuasa Vietnam dengan melaporkan setiap bot nelayan negara itu yang berjaya ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara.

“Ia bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan turut diambil pihak berkuasa negara jiran tersebut sebagai usaha membendung isu pencerobohan maritim.

“Sejak akhir-akhir ini, kita mengesan sebahagian nombor pendaftaran pada badan bot nelayan Vietnam yang telah ditahan telah dipadamkan secara sengaja,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, modus operandi itu dikesan turut digunakan tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan pada kedudukan 123 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.

Jelas beliau, tiga bot mempunyai 41 nelayan berusia 21 hingga 44 tahun itu yang bergerak secara beriringan telah ditahan antara pukul 10 pagi dan 10.30 pagi.

“Sewaktu ditahan, kami percaya mereka baru selesai menarik pukat untuk menangkap ikan secara haram di perairan negara.

“Ketiga-tiga bot ini juga dipercayai baru memasuki perairan negara berdasarkan kedudukan mereka hanya 20 batu nautika dari sempadan perairan antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI