fbpx

3 penganggur dicekup jual pelbagai dadah bernilai RM2.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas dalam dua serbuan di sebuah pangsapuri, Puchong, di sini, Selasa lalu

PUCHONG – Aktiviti pengedaran dadah bernilai lebih RM2.4 juta tumpas selepas tiga penganggur diberkas polis dalam dua serbuan di sebuah pangsapuri, di sini Selasa lalu.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada pukul 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sindiket aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah itu sejak awal tahun ini di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, seorang lelaki dipercayai penjaga stor berusia 50-an ditahan di hadapan lif pangsapuri bersama tiga bungkusan syabu seberat 3.1 kilogram (kg).

“Susulan penahanan itu, polis memeriksa sebuah rumah di aras tujuh pangsapuri berkenaan dan menjumpai pelbagai jenis dadah seberat 47.1 kg.

“Hasi siasatan, sebuah rumah di aras 13 di pangsapuri yang sama diserbu dan kita meramas ketamin (5.9 kg), pil erimin 5 (71 gram) dan syabu (18 gram).

“Dua lagi lelaki tempatan berusia 50-an dan 30-an disyaki penjual dadah turut ditahan di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan bersama dadah berjumlah 7.7 kg.

“Nilai rampasan dianggarkan RM2.4 juta. Polis merampas empat buah kereta, wang tunai dan rantai leher berjumlah RM375,550,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Uian saringan air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif methamphetamine dan mempunyai 26 rekod kes jenayah dan dadah.

Permohonan reman di bawah 117 Kanun Prosedur Jenayah kesemua suspek dibenarkan sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI