fbpx

Serie A: Spalletti bakal tinggalkan Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPALLETTI memiliki hubungan yang keruh dengan De Laurentiis sekali gus menyaksikan beliau mungkin meninggalkan Napoli. - AFP

NAPLES – Napoli kini ditimpa musibah apabila jurulatihnya, Luciano Spalletti dilaporkan bakal meninggalkan pasukan itu ekoran hubungannya yang semakin keruh dengan pemilik pasukan, Aurelio De Laurentiis.

Spalletti, 64, yang bertanggungjawab mengemudi Napoli menamatkan penantian 33 tahun menjuarai Serie A musim ini sejak 1990, didakwa sudah hilang sabar dengan ‘kerenah’ Laurentiis.

Menurut laporan Il Corriere della Sera, Spalletti kecewa apabila tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan Napoli selepas kelab itu mengaktifkan klausa lanjutan dalam kontraknya sebelum ini.

Beliau juga dikatakan bengang dengan keputusan Laurentiis mahu menjual pemain-pemain utama pasukan pada jendela perpindahan yang akan kembali dibuka bulan depan.

Difahamkan, Napoli mahu menawarkan perjanjian baharu selama dua tahun yang bakal menyaksikan bekas jurulatih Inter Milan dan AS Roma itu menerima £2.43 juta (RM13.73 juta) setahun.

Dalam masa sama, La Gazzetta dello Sport pula melaporkan Napoli mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjadikan bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez menggantikan tempat Spalletti.

Selain Benitez, beberapa nama turut dikaitkan seperti Antonio Conte, Gian Piero Gasperini dan Vincenzo Italiano jika Spalletti berhijrah meninggalkan Napoli selepas ini.

Apa-apa pun, Spalletti akan terus bersama Napoli menghadapi baki tiga aksi Serie A menentang Inter Milan awal pagi esok diikuti Bologna dan Sampdoria. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI