fbpx

Razman dicabar buktikan mempunyai sokongan ADUN Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Arafat (kiri), Razman (kanan).

IPOH – Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dicabar untuk membuktikan mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada sidang DUN yang akan bermula esok.

Cabaran itu dibuat Naib Pengerusi 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dalam satu kenyataan hari ini berhubung kenyataan Razman bahawa terdapat ADUN daripada Kerajaan Perpaduan yang bertemu dengannya.

Pertemuan antara ADUN Kerajaan Perpaduan dengan Razman itu berlaku ketika wujud khabar angin mengenai usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

“Saya cabar beliau gunakan peluang semasa pengundian memilih Senator pada 25 Mei 2023 (Khamis) untuk membuktikan angka dalam proses meluluskan usul memilih Senator Dewan Negara bagi mewakili negeri Perak pada sidang DUN Perak yang akan bermula Isnin (esok) jika benar dakwaan itu,” katanya.

Muhamad Arafat berkata, tindakan Razman itu adalah bermatlamat untuk menggambarkan kononnya Kerajaan Perpaduan Perak tidak stabil dan menyebabkan pelabur-pelabur berasa kurang yakin.

Katanya, ia sekali gus akan memberi kesan kepada pembangunan, peluang pekerjaan serta ekonomi di Perak yang mana pada akhirnya akan menyusahkan rakyat.

“Kerajaan Perpaduan Perak pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad kukuh dan jauh lebih stabil serta terus memfokus kepada pemulihan ekonomi negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI