fbpx

Lima pelajar asrama penuh buli junior diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Polis menahan lima pelajar senior tingkatan lima di sebuah sekolah berasrama penuh di sini bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di tandas lelaki sekolah itu, Jumaat lalu.

Kejadian pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku kerana mangsa turun lewat untuk menunaikan solat Subuh. Difahamkan, mangsa mengalami luka di badan selepas dipukul menggunakan kaki serta tangan oleh kumpulan senior terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan menerima laporan dan tangkapan ke atas kumpulan pelajar tersebut.

Kamarul Rizal.

Menurut beliau, tangkapan dibuat pada hari sama selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa.

“Bagaimanapun, kesemua pelajar itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkodkan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

“Siasatan awal polis turut mendapati lima suspek tesebut membuli 14 mangsa lain pada tarikh sama antara pukul 11 hingga 12.30 tengah malam di kawasan tandas, bilik beg dan bilik senior di blok B.

“Walau bagaimanapun, tiada laporan dibuat oleh mangsa lain setakat ini,” katanya.

Sementara itu, ibu pelajar tingkatan tiga sekolah terbabit berkata, kejadian buli itu hanya diketahui selepas ada waris meminta kenyataan balas daripada pihak sekolah berkenaan perkara tersebut.

Dakwanya, tiada kenyataan diberikan pihak sekolah setakat ini dan mungkin ia hanya dibuat kepada ibu bapa pelajar yang terlibat dalam kejadian buli berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI