fbpx

Gambar Elon Musk menari dengan ‘robot isteri’ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Musk menari bersama robot wanita adalah palsu. - mpasho

WASHINGTON – Beberapa gambar tular yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk sedang menari bersama robot wanita, disahkan palsu kerana disunting menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI), lapor laman berita Legit kelmarin.

Khabar angin sebelum ini mengatakan bahawa Musk kini berada di peringkat akhir untuk membangunkan robot wanita.

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Musk dilihat menari, berpelukan dan mencium robot menyerupai wanita di lokasi yang didakwa orang ramai sebagai sebuah bilik tidur.

Laporan turut menyatakan bahawa robot itu dinamakan Catnilla. 

Orang ramai berpendapat, robot tersebut dicas menggunakan tenaga solar, mempunyai deria serta boleh merasai emosi seperti kesedihan dan kegembiraan.

Ada yang mendakwa robot itu menggunakan bateri yang mampu bertahan sehingga kitaran haid dan dijual pada harga antara AS$32,000 (RM145,232) hingga AS$79,000 (RM358,541).

Bagaimanapun, orang ramai berpendapat teknologi AI masih gagal menyempurnakan penjanaan tangan robot itu kerana ia memiliki terlalu banyak jari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI