fbpx
Terry (dua dari kiri) bersama Mohd. Fakarudin (dua dari kanan) pada majlis penyampaian sijil halal kepada KyoChon di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Restoran KyoChon miliki sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – KyoChon 1991 Malaysia (KyoChon) berbangga kerana ia bakal menjadi contoh terbaik kepada cawangan antarabangsa lain khususnya di negara jiran seperti Indonesia kerana kejayaannya mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Lebih menarik ia adalah satu-satunya rangkaian ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang mendapat sijil halal sekali gus meningkatkan imej dan keyakinan pelanggan khususnya beragama Islam berkunjung ke 15 cawangannya di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon, Terry Goh berkata, sehingga kini 15 daripada 35 restoran sedia adanya sudah mendapat sijil halal manakala 10 outlet lain  telah memperoleh kelulusan dan dijangkakan proses mendapatkan pengesahan sijil untuk semua cawangannya berjalan lancar dalam masa terdekat ini.

15 cawangan yang disahkan halal itu terdiri daripada 10 cawangan di Selangor, dua outlet masing-masing di Johor dan Pulau Pinang manakala sebuah restoran di Negeri Sembilan.

“Hari pertama memulakan perniagaan ini (tahun 2013), saya sudah berazam untuk mendapatkan pengesahan sijil halal kerana ia adalah satu standard halal yang mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

“Pemberi francais utama kami di Korea sangat berbangga dan menyokong usaha kami untuk proses mendapatkan sijil halal tersebut dan beliau juga turut komited dalam projek ini dengan melabur jutaan ringgit untuk membina sendiri kilang automatik pembuatan sos dan perapan halal untuk KyoChon bukan sahaja untuk pasaran Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

“Jadi jika anda berkunjung ke mana-mana outlet KyoChon maka sos dan perapan yang dihidangkan adalah halal,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemerolehan sijil halal di salah sebuah restorannya di The Gardens baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Jakim, Mohd. Fakarudin Mas’od.

Tambah Goh, proses mendapatkan pengesahan sijil halal telah bermula sebelum pandemik dan meskipun ia perlu melalui satu proses yang rumit tetapi beliau tetap berdedikasi mahu menjadikan KyoChon sebagai jenama yang dipercayai dalam kalangan pelanggannya.

Untuk meraikan kejayaan tersebut, syarikat menawarkan potongan sebanyak 15 peratus bagi menikmati makanan di restoran, bawa pulang atau membuat pesanan melalui web bermula 12 Mei hingga 13 Jun ini dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN