fbpx

Lelaki buat hantaran jelik pada Agong diarah ke Hospital Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharil (tengah) ketika dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF/KOSMO!

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang didakwa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melalui ciapan dalam Twitter dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, bagi pemeriksaan psikiatri.

Hakim, N.Priscilla Hemamalini, memerintahkan demikian selepas tertuduh, Sharil Mohd. Sarif, 40, mendakwa dia mempunyai masalah mental meskipun mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya mengaku bersalah….tapi saya ada masalah mental,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sharil menggunakan profil Twitter ‘SharilSarif39’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pukul 5.28 dan 5.30 pagi, pada 12 Mac lalu, yang kemudian dibaca di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pukul 8.22 malam pada 13 Mac lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi ae yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Sharil yang tidak diwakili peguam mendakwa ada mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Sungai Petani, Kedah sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pegawai penyiasat mengenai masalah mental tertuduh.

“Pegawai penyiasat hanya dimaklumkan secara lisan oleh tertuduh mengenai keadaan mentalnya yang tidak stabil,” katanya.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan 16 Jun ini bagi sebutan semula kes dan perkembangan psikiatri tertuduh.

Sebelum ini, pada 6 Julai 2020, Sharil pernah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI