fbpx

Meneroka keindahan alam Gua Kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG kelainan upaya dan warga emas boleh meneroka keindahan Gua Kelam dengan menggunakan VR.

KEUNIKAN Gua Kelam di Perlis sebagai gua batu kapur tertua di Malaysia dengan air jernih semula jadi yang mengalir di dalamnya cukup menakjubkan.

Gua tersebut dahulunya terkenal sebagai lombong bijih timah, selain menjadi laluan penghubung buat penduduk Wang Kelian dengan pekan Kaki Bukit.

Kini, gua terletak kira-kira 33 kilometer (km) di utara Kangar itu menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Biarpun keadaan gua tidak lagi kelam seperti dahulu setelah pemasangan lampu dilakukan bagi membantu pencahayaan, namun masih ada haiwan berhabitat di dalamnya.

Menurut Pengawas Hutan Pusat Kompleks Eko Pelancongan Gua Kelam, Ridzuan Man, terdapat tiga jenis gua iaitu Gua Kelam 1, Gua Kelam 2 dan Gua Kelam 3 di kawasan Banjaran Nakawan.

Katanya, buat masa ini, hanya Gua kelam 1 dan 2 sahaja yang dibuka kepada pengunjung dengan menawarkan pengalaman berbeza.

“Gua Kelam 1 merupakan terowong sejauh 370 meter yang pernah menjadi laluan untuk mengeluarkan hasil bijih timah. Pengunjung berpeluang untuk melalui titian gantung statik sambil mempelajari sejarah gua ini.

PENGUNJUNG berpeluang merasai pengalaman melalui titian gantung statik sejauh 370 meter di dalam Gua Kelam 1.

“Sementara Gua Kelam 2 dengan laluan sejauh satu kilometer pula merupakan lokasi perlombongan bijih timah dilakukan.

“Jadi, keadaannya lebih ekstrem dan lebih sesuai untuk mereka yang lasak.

“Para pengunjung di Gua Kelam 2 perlu ditemani pemandu pelancong memandangkan di dalamnya memiliki pelbagai laluan yang boleh menyebabkan pengunjung tersesat, “ katanya kepada Horizon.

Lebih menarik, Gua Kelam turut boleh dinikmati oleh golongan kelainan upaya dan warga emas dengan menggunakan perkhidmatan penerokaan gua secara realiti maya (VR) yang ditawarkan.

Produk pelancongan itu juga memberi peluang kepada mereka yang takut atau gerun memasuki gua secara fizikal untuk merasai pengalaman sebenar.

Selain itu, terdapat ruang Galeri 3D yang memiliki elemen-elemen bunyi-bunyian alam, pameran spesimen, artifak, replika gua dan informasi dalam bentuk kod QR.

Bagi penggemar cabaran aktiviti dalaman (indoor), mereka boleh mencabar minda dengan menerokai jalan keluar di Rumah Cermin yang terletak di tingkat bawah.

Tambah Ridzuan, pihak pengurusan Gua Kelam sedang mengusahakan pembukaan planetarium bagi menambah tarikan di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI