fbpx

Tak puas hati ulasan jujur, peniaga dedah letak ‘bahan khas’ dalam makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkap layar yang diciap di akaun @Cikgu_Anep

PETALING JAYA – Seorang pemilik restoran mengaku meletakkan ‘bahan khas’ yang didakwa sebagai bahan kotor di dalam makanan yang dihidangkan buat pelanggan.

Perkara tersebut didedahkan menerusi ciapan @Cikgu_Anep di Twitter, apabila tangkap layar hantaran pemilik restoran tersebut tular sejak petang tadi.

Di dalam hantaran tersebut, pemilik restoran itu berkata hanya mereka bekerja dalam bidang perhotelan sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘bahan khas’ itu.

“Bilalah influencer (pempengaruh) ini nak datang kedai Tom. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena bahan khas dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa Tom maksudkan bahan khas,” tulisnya.

Difahamkan, pemilik restoran itu membuat hantaran tersebut setelah tidak berpuas hati terhadap seorang pempengaruh kerana memberikan ulasan jujur terhadap kedainya.

Rentetan itu, seorang pengguna dikenali Mira Hana mendedahkan, ‘bahan khas’ itu dimaksudkan dengan bahan-bahan jijik yang sengaja diletakkan oleh tukang masak dalam hidangan.

“Kalau ‘special ingredient’ (bahan khas) itu, budak hotel tahu makanan itu sudah kena diludah atau dikahak.

“Walaupun bukan budak hotel, banyak restoran yang buat. Kalau ada pelanggan ‘meroyan’ sikit, makanan mereka akan kena ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki, dan taik telinga.

“‘Special customer’ (pelanggan khas) bermaksud pelanggan banyak bunyi. Jadi dapatlah apa-apa yang jijik untuk kenakan pelanggan yang kurang ajar itu,” tulis Mira Hana.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang terkejut dengan perkara itu dan menggesa pihak berkuasa untuk berbuat sesuatu kepada pemilik restoran terbabit.

“Kalau macam ini boleh laporkan kepada pegawai kesihatan, sebab pemilik restoran sendiri yang mengaku meletakkan ‘bahan khas’ dalam masakan,” ciap Hafiy.

“Kedai ini pernah beberapa kali marah pelanggan sebab tinggalkan ‘review’ jujur dan buruk untuk kedai dia,” komen Fatin Jaafar.

“Sebagai orang yang kerja dalam hotel, saya boleh sahkan ‘bahan khas’ itu adalah ludah. Mereka akan buat pada pelanggan yang kurang ajar. Tetapi tak semua hotel macam itu,” ciap seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI