fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak itu menghulurkan duit kepada abangnya untuk bermain iPad selama sejam. - TikTok

Abang sewa iPad RM2 sejam kepada adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila menawarkan sewa iPad kepada adiknya sebagai cara untuk mengehadkan penggunaan gajet, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kanak-kanak itu perlu membayar 10,000 rupiah (RM2) untuk bermain iPad selama satu jam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan dia memberikan duit kepada abangnya setiap kali sebelum bermain iPad. 

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Setiap keluar ada cara masing-masing untuk menjadikan sesuatu lebih baik,” kata seorang netizen. 

“Hebat! Cara lain untuk mengajar budak menabung serta mengehadkan penggunaan gajet,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN