fbpx

PM beri jaminan selesai segera Perjanjian Malaysia 1963

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (duduk) menandatangani Tekad Bersama Kerajaan Perpaduan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bahawa isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) akan diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, isu tersebut telah bermula sejak puluhan tahun lagi dan beliau akan pastikan masalah tersebut tidak terus berlarutan.

“Dengan ini saya beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk selesaikan sedaya upaya apa sahaja perjanjian yang telah dimeterai di dalamnya dan lakasanakan.

“Ada yang pihak memperolok kerana kononnya kerajaan mahukan jaminan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya jawab, itu memang ada, akan tetapi yang lebih penting adalah kerana ia merupakan tanggungjawab pimpinan generasi kini adalah untuk melaksanakan sumpah setia dan janji bapa kemerdekaan kita,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Selain itu, Anwar turut menyentuh mengenai usaha penyelesaian berhubung isu bekalan air bersih yang berlaku di Sabah serta Sarawak dan sekiranya kerajaan negeri memerlukan peruntukan berbilion ringgit, beliau akan sedaya upaya menyelesaikannya tahun ini.

“Ini bukan sebab nak pilihan raya ke apa, akan tetapi ia merupakan perkara penting buat rakyat, 60 tahun lebih usia kemederkaan negara ini, mereka tidak boleh dihinakan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.

“Inilah ertinya Kerajaan Perpaduan, janji diterjemahkan. Bila? Inilah masanya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI