fbpx

Malaysia tunggu kuota tambahan haji – TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh ketika menyampaikan pesanan kepada kumpulan kedua petugas haji yang berlepas ke tanah suci di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini.

SEPANG – Kerajaan Malaysia masih lagi belum mendapat sebarang keputusan muktamad mengenai isu kuota tambahan jemaah haji pada musim kali ini daripada kerajaan Arab Saudi.

Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, beliau sendiri tidak mengetahui bila perkara itu akan dapat dimaklumkan.

“Insya-Allah, saya juga pun masih tunggu kuota tambahan kerana seperti biasa setiap tahun memang pihak kerajaan kita ada mohon,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyantuni kumpulan kedua seramai 160 petugas haji yang berlepas ke tanah suci meliputi kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan media tempatan.

Mereka merupakan sebahagian daripada 670 petugas yang akan digerakkan ke Arab Saudi bagi operasi haji musim ini dengan kumpulan pertama berlepas petang Jumaat lalu.

Pada 29 April lalu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pihaknya menjangka kuota tambahan sebanyak 10,000 lagi untuk musim kali ini dapat diketahui awal bulan ini.

Ia susulan kejayaan Malaysia telah memperoleh kuota tambahan kira-kira 350 orang diluluskan kerajaan Arab Saudi menerusi sesi permohonan rayuan pertama awal bulan lepas.

Namun, Syed Saleh enggan menyatakan sama ada permohonan rayuan Malaysia berjaya atau gagal kerana ia terpulang atas pertimbangan kerajaan Arab Saudi.

“Negara itu juga perlu beri perhatian kepada banyak negara lain lagi yang memohon kuota tambahan dan kali ini mungkin akan berlaku kelewatan pengumuman rasmi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI