fbpx

Hujan lebat di 9 buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak sembilan buah negeri dikenakan amaran bakal berlakunya ribut petir pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

Negeri yang terlibat ialah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, manakala di Pulau Pinang kawasan terlibat ialah di Seberang Perai Utara.

“Selain itu, keadaan sama diramalkan berlaku di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat turut dijangka melanda negeri Pahang terutama di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Sementara itu, di Selangor pula amaran dikeluarkan bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Keadaan sama turut boleh berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin,” katanya.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Sementara itu, turut dikenakan amaran ribut petir ialah di Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu), Sabah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI