fbpx

19 parti Kerajaan Perpaduan perlu tingkat keserasian bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (enam kanan) bersama Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (empat kanan) menunjukkan dokumen Tekad Wanita pada Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta 19 parti di bawah Kerajaan Perpaduan meningkatkan keserasian antara mereka terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung hari ini, merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian itu.

“Mulai hari ini, kita ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, keserasian dengan pelbagai parti yang lain, 19 parti semuanya harus dipercepatkan keserasiannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas Presiden UMNO bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengarahkan semua bahagian UMNO supaya menggerakkan jentera parti mulai dari sekarang.

“Disebabkan pemilihan di peringkat Ketua Bahagian sudah berlalu, saya minta biduk berlalu, kiambang bertaut (kembali bersatu).

“Selain itu, kita mahu mereka menyantuni pelbagai kaum, sama ada dalam kalangan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang lebih penting ialah pengundi yang tanpa parti, itu mesti dimulakan daripada sekarang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI