fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Kuartet lelaki 4x400m tamatkan kemarau pingat 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuartet 4x400m kali ini terdiri daripada S.Tharshan, Umar Osman, Muhammad Firdaus Zemi dan Abdul Wafiey Roslan meraikan kejayaan meraih pingat gangsa sebentar tadi. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Kuartet pelari pecut negara terus mencipta sejarah di bumi Kemboja selepas menamatkan penantian selama 10 tahun untuk menggengam pingat dalam acara 4×400 meter (m) apabila meraih gangsa di Stadium Nasional, Morodok Techo, sebentar tadi.

Skuad 4x400m negara dibarisi Muhammad Firdaus Zemi, Ruslem Zikry Putra Roseli, S. Tharshan serta pemegang rekod kebangsaan yang baru, Umar Osman berjaya melakar catatan 3 minit 8.820 saat (s) untuk mengakhiri saingan di tangga ketiga.

Emas milik Filipina apabila melakar masa 3 minit 7.220 s, sementara pingat perak diraih kuartet Thailand.

Ia kejayaan yang membanggakan untuk kuartet negara apabila kali terakhir Malaysia memperoleh pingat dalam acara ini adalah ketika edisi 2013 di Myanmar.

“Sebenarnya saya tidak kisah apa jua warna pingat yang kami bawa pulang, janji saya hendak tolong rakan-rakan saya untuk dapat masuk dalam program.

“Ini merupakan satu petanda aras yang baik, kami sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab di pentas Sukan SEA,” kata Umar sebentar tadi,

Bagaimanapun impian untuk melihat kuartet 4×400 wanita negara mengikut jejak skuad lelaki tidak kesampaian apabila mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI