fbpx
AZEEM gagal mempertahankan pingat Sukan Asia apabila mengalami kecederaan ketika beraksi pada saingan final 100m kelmarin. - FB MSN

Sukan Asia: Azeem belum sedia mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi enggan menganggap kecederaan yang memusnahkan impiannya mempertahankan pingat acara 100 meter (m) lelaki Sukan Asia sebagai noktah kepada perjuangannya di Aichi-Nagoya.

Pelari berusia 22 tahun itu gagal menamatkan perlumbaan final selepas mengalami kecederaan ketika sedang beraksi dan gagal memberikan aksi terbaik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azeem mengakui kecederaan adalah antara perkara paling ditakuti seseorang atlet selepas dia sudah melakukan segala yang termampu untuk berada pada tahap terbaik bagi temasya kali ini.

“Segala-galanya berlaku dengan sebab dan itu satu perkara yang sentiasa saya pegang. Perkara paling menakutkan dalam sukan ini adalah kecederaan dan saya percaya tiada atlet yang mahu melaluinya.

“Saya sudah melakukan segala yang termampu untuk memastikan saya berada di tempat yang saya inginkan, tetapi Tuhan mempunyai perancangan yang lebih baik,” katanya.

Azeem turut mengakui melalui musim yang panjang apabila sudah mula berlari sejak Januari dengan mengharungi banyak perlumbaan, latihan serta pelbagai halangan, namun menegaskan perjuangannya masih belum berakhir.

“Musim yang panjang, saya sudah berlari sejak Januari, melalui begitu banyak perlumbaan, halangan, latihan dan banyak lagi. Tetapi, ini bukan pengakhiran,” tulis Azeem.

Pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2023 itu kini dijangka menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui tahap sebenar kecederaannya sambil berharap ia tidak serius sehingga menghalangnya daripada meneruskan cabaran bersama kuartet 4x100m negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN