fbpx

Warga emas beli gigi palsu, dapat gigi mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam set gigi palsu itu tidak dapat digunakan sama sekali. - Shin Min Daily News

SINGAPURA – Seorang warga emas gagal menghubungi penjual setelah membeli enam set gigi palsu berharga SGD$65 (RM289) tetapi sebaliknya menerima gigi mainan, lapor laman berita Mothership semalam.

Luo Tailan, 65, memberitahu bahawa dia melihat iklan gigi palsu di Facebook pada April lalu.

Menurut Tailan, produk gigi palsu itu ditawarkan pada harga yang menurutnya murah beserta promosi ‘beli tiga, percuma tiga’.

Video yang disertakan bersama iklan tersebut memberitahu bahawa pembeli yang mendapatkan tiga set gigi palsu bahagian atas akan mendapat satu set gigi palsu bahagian bawah.

Tertarik dengan tawaran itu, dia membeli enam set gigi palsu yang berharga SGD$65 (RM289).

Dua minggu kemudian, Tailan menerima bungkusan tersebut dan membayar semasa penghantaran. Dia kemudian terus membukanya dan mencuci gigi palsu itu.

Namun ketika ingin mencubanya, dia menyedari gigi palsu itu tidak boleh digunakan. 

“Lebih mengejutkan, gigi palsu yang saya beli sama seperti mainan kanak-kanak,” ujarnya.

Tailan kecewa apabila dia gagal menghubungi penjual itu. 

Penjual kemudian membuang iklan di Facebook apabila Tailan membeli amaran kepada pengguna lain agar tidak membeli produk tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI