fbpx

Tiket konsert Coldplay mula dijual 17 Mei serendah RM288

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga tiket konsert Coldplay seperti yang dikongsikan Live Nation Malaysia di Twitter.

PETALING JAYA – Tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour akan mula dijual bermula 17 Mei ini dengan harga serendah RM228 sehingga RM3,088.

Menerusi perkongsian di Twitter Live Nation Malaysia, tiket konsert sulung kumpulan muzik popular dunia itu boleh dibeli menerusi jualan tiket rasmi bermula pukul 10 pagi di laman web www.livenation.my, www.golive-asia.com atau GoLive Ticketing App.

Bagi pemegang kad bank CIMB Bank pula, mereka boleh mendapatkan akses secara eksklusif untuk membeli tiket lebih awal iaitu pra jualan tiket pada 16 Mei 2023 seawal pukul 10 pagi lagi.

Jika sebelum ini media sosial dibanjiri keterujaan peminat kumpulan muzik popular dunia Coldplay dengan pengumuman konsert tersebut, kini masing-masing ‘riuh’ berkongsi harga tiket yang telah diputuskan.

Tiket-tiket tersebut boleh didapati menerusi 10 kategori seperti Ultimate Experience (RM3,088), My Universe (RM2,108), Higher Power (RM1,258), Cat 1 (RM1,288) dan Cat 2 (RM758), Cat 3 (standing) (RM658), Cat 4 (RM598), Cat 5 (RM498), Cat 6 (RM398) dan Cat 7 (RM228). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI