fbpx

Empat lelaki ditahan bergaduh selepas mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT individu berusia antara 24 hingga 28 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan selepas mabuk di Kulai, semalam.

KULAI – Empat lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat laporan berhubung pergaduhan itu daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun pada pukul 3 pagi.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan ketika dia bersama empat rakannya sedang minum dan berbual, mereka didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menampar bahagian muka rakannya.

“Pengadu turut memberitahu, kemudian datang dua kereta yang dinaiki seramai 11 individu termasuk seorang wanita bertindak memukul rakan-rakan pengadu.

“Akibat kejadian tersebut, rakan-rakan pengadu mengalami kecederaan ringan dibahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menjalankan satu serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Iris 8, di sini pada pukul 11.20 malam, semalam.

“Menerusi serbuan berkenaan, kita berjaya menahan seramai empat individu berusia antara 24 hingga 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah akibat mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mereka,” jelasnya.

Beng Yeow turut berkata, kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan kini dikenakan reman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI