fbpx

MYStartup NXT akan diteruskan bantu pertumbuhan ekosistem startup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil daripada rakan korporat bergambar pada majlis pelancaran siri jelajah siri jelajah persidangan mikro, MYStartup NXT di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) melancarkan siri jelajah persidangan mikro iaitu MYStartup NXT, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjana ekosistem startup yang inklusif, berkesan dan mampan di Malaysia.

 Siri jelajah ini adalah hasil kesinambungan daripada inisiatif jelalah MYStartup sebelum ini. 

Naib Presiden Kanan Pembangunan Ekosistem Cradle, Ahmad Kashfi Alwi berkata, siri jelajah MYStartup NXT bertujuan untuk membantu pertumbuhan ekosistem startup negara secara saksama.

Menurut beliau, program tersebut juga akan dapat  serta memastikan setiap komuniti startup tempatan, sama ada dari Lembah Klang, wilayah Utara atau Selatan, Pantai Timur atau Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada menerima faedah program yang dijalankan di bawah inisiatif MYStartup.

“MOSTI melalui Cradle komited untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang mampan dan inklusif serta  melihat setiap komuniti startup tempatan berkembang selain mempunyai daya saing yang tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, MYStartup juga turut memperkenalkan MYStartup Dev, sebuah platfom digital yang direka khas untuk menghubungkan bakat teknologi digital dengan rakan kongsi ekosistem dan program peningkatan kemahiran. 

MYStartup Dev akan memberi panduan tentang peningkatan kerjaya, membina rangkaian dengan pakar industri, kemahiran dan teknologi baharu, serta meluaskan potensi bakat-bakat teknologi muda tempatan.

Mengulas mengenai program berkenaan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menjelaskan, MYStartup NXT akan diperluaskan ke seluruh negara, bermula dari Cyberjaya, Sarawak, Pulau Pinang, dan seterusnya akan berakhir di Sabah.

Tambah beliau, persidangan mikro ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan startup tempatan di seluruh Malaysia, memberi akses yang lebih meluas kepada sokongan dan faedah ekosistem startup, serta membantu pertumbuhan syarikat. 

MYStartup menyasarkan untuk mewujudkan lebih daripada 5,000 startup berkualiti menjelang tahun 2030. 

“MYStartup NXT bertujuan membudayakan inovasi yang boleh dan mudah untuk diakses dalam usaha kerajaan menyokong pembangunan start up dalam jangka panjang.

“Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada 25 ekosistem startup dunia yang sedang berkembang. Oleh itu, terdapat potensi yang besar untuk bandar-bandar lain di Malaysia yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab kepada pengasas-pengasas startup. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI