fbpx

Ekuinoks: Malaysia alami waktu siang dan malam sama panjang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peristiwa ekuinoks yang berlaku apabila matahari tepat di atas garisan Khatulistiwa.

PETALING JAYA – Malaysia bakal mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang disebabkan kedudukan matahari yang berada betul-betul atas garisan Khatulistiwa, esok.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan berkata, fenomena yang turut dikenali sebagai ekuinoks itu akan menyebabkan seluruh dunia mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Manakala, bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlakunya waktu tengahari “tanpa bayang”.

Di Malaysia, peristiwa tengahari tanpa bayang akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis).

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI